Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi 5 Pada...

KATHMANDU - Gempa bumi berukuran 5 pada skala Richter melanda Nepal lewat malam...

Persatuan Bola Sepak Kelantan...

KUALA LUMPUR - Bukan salah pengurusan tetapi salah pemain yang menyebabkan banyak persatuan...

Siasat Video Tular Pegawai...

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melalui WhatsApp...

36 Penagih Syabu, Morfin...

ALOR SETAR – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu menahan 36 penagih...

PBB Gesa Israel, Palestin Kembali Ke Meja Rundingan

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel dan Palestin supaya kembali ke meja rundingan bagi mempersetujui dengan segera berhubung perdamaian kekal di Gaza.

Dalam kenyataan yang diluluskan sebulat suara, majlis 15-anggota itu memberi sepenuh sokongan kepada inisiatif Mesir itu dan menggesa semua pihak agar meneruskan rundingan bagi mencapai gencatan senjata berkekalan.

Kenyataan yang disediakan oleh Perancis itu dipersetujui selepas rundingan di Kaherah hampir gagal berikutan keganasan semula di Gaza yang sudah mengorbankan lebih 2,000 rakyat Palestin sejak 8 Julai lalu.

Awal bulan ini, Jordan menyebarkan draf resolusi yang disokong oleh negara Arab yang menggesa supaya diadakan gencatan senjata, pembukaan semula sekatan di Gaza dan penghantaran segera bantuan yang diperlukan oleh rakyat Palestin.

Pertempuran selama enam minggu itu adalah antara paling ganas antara Israel dan Hamas sejak intifada Palestin kedua dari 2000 hingga 2005. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori