KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memanggil dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada parti itu yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.
Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin perlu memberi penjelasan itu kepada pucuk pimpinan PAS yang sebelum ini mengarahkan semua ADUN PAS Selangor memberi sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āDPPMĆāĆĀ mendesak Setiausaha Agong PAS Pusat memanggil segera kedua-dua ADUN yang terlibat kononya memberi sokongan kepada Wan Azizah untuk mendapat penjelasan yang sebenar,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ katanya melalui akaun rasmi Facebook beliau hari ini.
Saari dan Hasnul hari ini menghadiri sidang media yang diadakan oleh Wan Azizah bagi mengumumkan 30 ADUN Selangor yang menyokong beliau menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Kedua-dua mereka mereka turut menyatakan kesediaan untuk keluar daripada PAS jika parti itu kekal menyokong Abdul Khalid selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat diadakan pada 17 Ogos ini.
PAS Pusat sebelum ini membuat keputusan parti itu menyokong Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor dan membantah tindakan PKR mahu melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar negeri itu.