Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

TV AlHijrah Bersiaran 24...

SETELAH lima tahun dalam dunia penyiaran tanah air, stesen televisyen Islam Malaysia, TV...

Sokong Najib Dengan Ikhlas...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz meminta...

Shima Padam Foto Bertunang...

PERTENGAHAN Disember tahun lalu, pelakon 7 Petala Cinta, Shima Anuar telah mengikat tali...

Azerbaijan Beri Sambutan Rasmi...

BAKU (Azerbaijan) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan sambutan rasmi...

Penderma Darah Berpeluang Naiki Jentera Bomba

KOTA BHARU – Buat pertama kalinya orang ramai yang menderma darah sempena Kempen Derma Darah Merdeka pada 1 September ini berpeluang merasai menaiki Kenderaan Perkhidmatan Kecemasan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dibawa mengelilingi bandar ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan Bazri Abdul Rahman berkata program yang melibatkan kerjasama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Grand River View (GRV) Hotel dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) itu bermula dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang di Lobi Hotel GRV.

“Penderma akan dibawa mengelilingi bandar Kota Baharu sejauh 10 kilometer untuk merasai pengalaman ini selain boleh menangkap gambar di atas motosikal berkuasa tinggi yang kami bawa pada hari berkenaan.

Ini merupakan acara pertama kali yang kami lakukan untuk bagi memberi penghormatan kepada mereka yang sudi menderma,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Sementara itu, Timbalan Presiden Kemudi Zabidi Ishar berkata pihaknya mensasarkan lebih 170 liter darah dapat dikumpul pada kempen tersebut.

Katanya, pada program itu turut diadakan pemeriksaan kesihatan dan ujian “pap smear” secara percuma selain pendaftaran bagi pendermaan organ.

Kempen itu akan dirasmikan Pengarah HRPZII Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan di lobi Hotel GRV itu dan kempen itu juga bagi menampung kekurangan bekalan darah di hospital berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori