Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Trump Ancam Tembak Pendatang...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa askar yang ditempatkan di sempadan...

Tuduhan Terhadap Adham Baba...

PUTRAJAYA - Tuduhan terhadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mempunyai kaitan dengan...

SOP Bencana Cuma Perlu...

KUALA PERLIS - Prosedur Operasi Standard (SOP) bencana yang diguna pakai hanya perlu...

Maut Dilanggar Lori Ketika...

KUALA LANGAT - Tiga lelaki yang sedang menukar tayar bocor maut selepas dilanggar lori...

Pengacara Anggap Rakyat Palestin Patut Mati Kini Koma

BAGI peminat program ‘Fashion Police’ di saluran E!, nama Joan Rivers tidak perlu lagi diperkenalkan.

Selama ini ramai yang senang dengan karakter lucunya, namun kenyataan biadapnya mengenai pergolakan di Palestin awal bulan lalu nyata memakan diri.

Menyifatkan rakyat Palestin patut mati kerana dianggapnya memulakan perang, dia mendapat kritikan yang cukup hebat daripada pihak yang menyokong perjuangan Palestin.

Ia sekaligus mencalar reputasi yang dibinanya selama ini.

Beberapa hari lalu, Rivers terpaksa dikejarkan ke hospital akibat masalah pernafasan.

Malangnya, semasa menjalani pembedahan tekak, dia tiba-tiba berhenti bernafas, namun berjaya distabilkan oleh pasukan perubatan.

Rivers kini dalam keadaan koma dan belum sedarkan diri.


Ramai yang mengaitkan kejadian yang menimpanya itu sebagai balasan akibat kelancangan mulutnya sebelum ini.

Wallahu a’lam…

http://www.youtube.com/watch?v=tIibX4Drzxs

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori