Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Suri Rumah Didakwa Memperdagangkan...

KLANG - Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang...

Ringgit Lemah Tapi 51...

CUBA bayangkan anda berada di sebuah kawasan pelancongan popular di Geylang Serai, Singapura...

S Veenod Sertai Kelantan...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan bekas pemain tengah Selangor,...

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka kekal 126 orang daripada 33 keluarga...

Pengarah Filem, Jamil Sulong Koma Akibat Strok

PETALING JAYA – Pengarah filem terkenal Datuk Jamil Sulong berada dalam keadaan koma selepas diserang penyakit strok di kediamannya di sini pada pagi Khamis.

Anak kedua beliau, Dr. Anwardi Jamil ketika dihubungi mStar Online berkata, bapanya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Bapa saya diserang strok pagi ini dan keadaannya agak kritikal namun stabil buat masa ini,” katanya ringkas.

Anwardi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan bapanya termasuklah lokasi pengarah itu mendapatkan rawatan selain meminta agar keluarga mereka diberi ruang untuk mengharungi masa sukar itu.

Jamil, 88, adalah pengarah filem Melayu kedua terbanyak mengarah filem selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Filem-filem arahannya seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.


Karya arahan beliau juga banyak merangkul anugerah bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa.

Jamil juga turut terlibat menghasilkan gurindam selain menulis dan mencipta lagu-lagu untuk P.Ramlee termasuk Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah.

Beliau berkahwin dengan Datin Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori