Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Agong Kurnia Darjah Kebesaran,...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan...

DS Najib Memalukan Negara?

Wow! Lama tak bersiaran. Terkejut dengan kenyataan hakim Malaysia baru2 ni. Membanggakan dan...

Bimbang Kantoi Curi, Murid...

LAHAD DATU - Seorang guru wanita sekolah rendah menerima 17 jahitan di kepala...

Cabaran Sukar Mahathir, PPBM...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM)...

Pengelak Cukai Dihalang Keluar Negara

PUTRAJAYA – Kenneth Chin memasuki negara melalui KLIA2 dari Australia pada 15 Ogos lalu.

Ia merupakan perjalanan yang kerap dilakukannya dalam tempoh lima tahun lalu sehinggalah pasportnya dihalang ketika melalui sistem palang automatik.

Selepas melakukan pemeriksaan di kaunter, didapati dia kini telah disenaraihitamkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dia merupakan antara ribuan rakyat Malaysia yang perlu membayar cukai sebelum dibenarkan untuk ke luar negara.

LHDN kini giat memburu pengelak cukai. Malah mereka terhutang serendah RM200 juga akan dihalang daripada meninggalkan negara ini hutang itu dilangsaikan.

Tahun ini sahaja LHDN telah berjaya mengutip RM8.37 juta (RM8,378,871.48) daripada mereka yang telah merancang untuk meninggalkan negara.


LHDN turut bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi menguatkuasakan pengembara yang disenarai hitam.

“Sama ada meninggalkan Malaysia untuk bercuti, urusan perniagaan atau migrasi, perintah halang keluar negara akan terpakai kepada semua pesalah cukai,” kata pengarah komunikasi korporat LHDN, Nor Azirah Mohd Said kepada The Star.

Kuasa untuk mengeluarkan suatu perintah pemberhentian, atau untuk menyenaraihitamkan individu yang ingkar membayar cukai daripada meninggalkan negara ini tertakluk di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53).

Undang-undang yang membolehkan LHDN menguatkuasakannya wujud sejak 1967 tetapi penguatkuasaan secara aktif hanya dilakukan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Nor Azirah memberi jaminan bahawa pesalah cukai tidak akan ditahan di pusat pemeriksaan imigresen tetapi jika pesalah itu mahu meneruskan perjalanannya, dia perlu membayar semua hutangnya terlebih dahulu. – The Star Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori