Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Wanita Hilang Jari Kaki...

PERTH – Seorang wanita berusia 29 tahun kehilangan kelima-lima jari kaki kanan gara-gara...

RMK11: Peluang Ekonomi Bumiputera...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera untuk meningkatkan pemilikan...

Pelajar Maut Gara-Gara Sebatang...

GARA-GARA sebatang rokok, seorang pelajar tingkatan lima maut setelah terjatuh dari balkoni sebuah...

Kilang Tutup Ekoran Covid...

SEREMBAN : Gangguan di peringkat pengoperasian termasuk penutupan sementara kilang ekoran terdapat kes...

PKR Amal ‘Penghakiman Kangaroo’ – PSM

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang pernah menjadi sekutu pakatan pembangkang dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini mengutuk tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arulchelvan turut menyifatkan PKR mengamalkan ‘penghakiman kangaroo’ kerana tidak memberi ruang kepada Menteri Besar Selangor itu membela diri.

Beliau turut mendakwa pemecatan itu tidak sah kerana tertuduh harus diberi peluang hak membela diri terlebih dahulu sebelum proses pemecatan itu dilakukan.

“Saya pernah kendalikan banyak kes pemecatan. Tertuduh diberi hak membela diri kerana kalau tidak, ia adalah proses pemecatan tidak sah atau `penghakiman kangkaroo’,” katanya melalui laman Facebook.

Arulchelvan berkata, PKR sepatutnya menunggu keputusan parti-parti dalam pakatan pembangkang tetapi tetap menjadi Abdul Khalid mangsa perebutan kuasa dalaman parti itu.


Tegasnya, hal itu bagaimanapun telah menjadikan Abdul Khalid `hero’ dalam kalangan masyarakat.

PSM tahun lalu lantang mengkritik PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan sistem membuli dalam politik parti itu dan PSM antara mangsa parti itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ia berikutan PKR menganggap PSM sebagai parti yang kurang popular dan menempatkan calon kroni di kerusi parti itu tanpa mempedulikan sumbangan PSM kepada pakatan pembangkang selama ini. – mynewshub.my

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori