Sekiranya anda sedang mencari sebuah kamera mudah alih dan tahan lasak seumpama GoPro, pastikan anda melihat  kamera dari keluaran Poloroid ini.
Syarikat Polaroid telah menghasilkan kamera tahan lasak mereka sendiri yang diberi nama ‘Poloroid Cube’.
Cube mempunyai kamera sebesar 6 Megapixel dengan lensa sudut lebar 124 darjah yang mampu mengambil video 1080P dan gambar statik, ia juga kalis air dan mampu tenggelam sehingga 2 meter.
Menurut Polaroid bateri Cube mampu mengambil video selama 90 minit tanpa henti.
Terdapat sebuah magnet pada bahagian bawah yang membolehkan Cube dilekapkan pada permukaan besi.
Selain magnet, ia juga disertakan pemegang khas seperti GoPro y, Polaroid Cube sudah mula dijual pada harga USD 100 (RM 316) sebuah.
Sumber: Polaroid
Oleh: hzqahmd