Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Ombak Tenang Boleh Menjadi...

KUALA TERENGGANU - Ombak yang beralun tenang di permukaan laut bukanlah petanda pantai...

‘Dua Hari Ada Air,...

GUA MUSANG : Dua hari ada air, lima hari lagi terputus bekalan. Itu...

Jabatan, Agensi Persekutuan Diminta...

KOTA KINABALU - Semua jabatan dan agensi kerajaan di Sabah diminta supaya mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan...

Perkasa Tak Tunduk Dan...

KUALA NERUS - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya...

Polis Tahan 20 GRO Rakyat Asing Di George Town

GEORGE TOWN – Dua puluh wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Madras di sini malam tadi.

Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang DSP Mohd Yusri Othman berkata mereka yang ditahan dalam operasi dua jam bermula 10 malam itu ialah 18 rakyat China dan masing-masing seorang wanita Myanmar dan Vietnam.

“Ini serbuan kali ketiga di premis itu tahun ini dan polis turut menahan seorang lelaki disyaki penjaga premis berusia 60 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata 19 daripada wanita itu didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan seorang lagi gagal menunjukkan dokumen
perjalanan yang sah.

Wanita berumur antara 17 dan 32 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori