Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kementerian Pengangkutan Akan Mohon...

BALIK PULAU: Kementerian Pengangkutan akan memohon peruntukan sebanyak RM10 juta tahun depan untuk...

Zambry Nafi ADUN Kubu...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menyangkal desas-desus Anggota Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias tidak mahu bertanding pada pilihan raya...

10 Tentera Libya Terbunuh...

BENGHAZI - Sepuluh askar Libya dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan anggota kumpulan Negara...

YKN Gerakkan Misi Pasca...

TASEK GELUGOR - Enam penghuni Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar di sini...

Projek MRT: Siasatan Penuh Kejadian Runtuhan Konkrit

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu siasatan penuh dijalankan berhubung kejadian runtuhan konkrit landasan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara di sini Isnin malam.

“Terkejut dan sedih apabila mendengar mengenai kejadian di kawasan tapak kerja MRT. Satu siasatan penuh perlu dijalankan segera bagi memastikan ia tidak berulang lagi,” katanya dalam akaun Twitter.

Tiga pekerja binaan rakyat Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) pukul 8.30 malam tadi.

Seorang daripada mereka ditemui mati. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat Mohammad Elahi Hossain, 27, ditemui terperangkap di bawah landasan konkrit itu pada pukul 2.30 pagi ini.

Usaha masih diteruskan bagi mencari dua lagi pekerja, Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori