Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Fitnah Guan Eng,...

KUALA LUMPUR: Proses mengambil keterangan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad...

Tun M, Pembangkang Guna...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan didominasi...

Musuh Islam Bersatu Walau...

KUALA LUMPUR - Umat Islam negara ini diminta tidak terus terperangkap dengan taktik...

Import Ayam Sejuk Beku...

SERDANG - Pengimportan ayam bulat sejuk beku untuk jangka panjang dikhuatiri akan menjejaskan...

PSM `Belasah’ PKR Isu MB Selangor!

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggangap cara pakatan pembangkang menangani krisis jawatan Menteri Besar Selangor sebagai mendukacitakan dan memalukan.

Pengerusinya, Dr. Nasir Hashim berkata, PSM turut berpendapat cara Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaturkan “Kajang Move” dan memilih bakal Menteri Besar Selangor tanpa terlebih dahulu berbincang dengan parti lain dalam pakatan pembangkang punca kepada konflik itu.

“Sepatutnya tiga parti yang membentuk kerajaan di Selangor ini bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka bersifat tikam menikam dan menjadikan proses membuat keputusan begitu sukar sekali.

“PSM juga berpendapat cara PKR mengaturkan “Kajang Move” dan memilih bakal Menteri Besar tanpa terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakan dalam pakatan turut menyumbangkan kepada kemelut krisis Menteri Besar Selangor,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasir turut menegaskan, PSM berpendapat Langkah Kajang yang dihebohkan oleh PKR sebagai satu langkah menghindar rampasan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) tidak masuk akal dan jelas cuma usaha menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR.

Malah, katanya, kepimpinan pakatan pembangkang harus bertanggungjawab atas segala dakwaan yang dikemukakan ke atas Menteri Besar Selangor kerana mereka yang memilih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.


Tambahnya, exco juga harus bertanggungjawab atas segala keputusan yang telah diambil bersama (Abdul Khalid) dan tidak boleh sewenang-wenangnya mencuci tangan.

“Mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan diri bercerita mengikut selera dan kehendak waktu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, PSM tetap mahu sebarang tuduhan ke atas Abdul Khalid dilakukan secara profesional dan tindakan diambil melalui proses perundangan, bukan melalui kerenah politik.

“Sememangnya tidak profesional tindakan menyebarkan tuduhan rasuah terhadap Menteri Besar secara terbuka dan baru selepas itu memberikan surat tunjuk sebab.

“Ini mengambarkan suatu proses yang tidak baik kepada cara pemerintahan pakatan yang hendak ke Putrajaya dan menjadi alternative kepada BN,” katanya. – mynewshub.my

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori