RAMAI pula yang merungut mengenai promosi payung Petronas Primax 5 edisi terhad yang dihebahkan sebelum ini.
Rata-rata mereka mengadu pekerja di stesen Petronas memberikan alasan mereka sudah kehabisan stok payung apabila mahu membuat penebusan.
Untuk makluman, bagi menebus payung tersebut, anda perlu mendapatkan 10 cop dengan setiap cop bernilai RM20.
Tempoh penebusan pula bermula daripada 20 Julai sehingga 30 September 2014.
Menerusi tinjauan kami di laman sosial dan blog, ramai yang merasakan diri mereka tertipu kerana stok terhad sedangkan kad penebusan masih diedar dan poster promosi masih ditampal.
Luahan orang ramai dapat dilihat menerusi Facebook Pertonas Brands:
Diharapkan untuk promosi selepas ini, Petronas lebih bersedia dengan stok penebusan yang lebih banyak bagi menjamin kepuasan pelanggan.
Mungkin ia sekadar payung, tapi bagi pelanggan setia, ia adalah simbolik kepada kesetiaan mereka menggunakan produk Petronas sejak awal lagi.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY