MENERUSI Facebook Oh!Media, satu aduan berserta gambar berkaitan dengan raptai sambutan kemerdekaan peringkat negeri Perlis telah dikongsikan:
“Sambutan kemerdekaan peringkat negeri Perlis dibuat di padang betul2 sebelah hospital. Bising sejak hari ini raptai perarakan, mengganggu pesakit dan doktor bertugas. DJ terjerit2, bersorak utk memeriahkn majlis, tapi bingit smpai pesakit tak tahan. Jalan sekitar ditutup utk perarakan, sampai ambulans pun sangkut dlm jem n kena ikut jalan jauh.
“Bukan tak patriotik utk sambut merdeka, tapi org sakit sepanjang masa ada. Padahal boleh je buat sambutan di stadium negeri yang baru lepas renovate utk sukma jun lalu. Siapa yg pandai sangat cadangkan dan beri kelulusan buat sambutan merdeka sebelah hospital ni? Harap tak diulang lagi tahun depan, menzalimi orang lain!”
Memang benar apa yang dikatakan oleh si pengadu.
Sedangkan membunyikan hon kenderaan dalam kawasan hospital pun sudah dianggap mengganggu, apatah lagi acara seumpama ini yang sah-sah menggunakan pembesar suara.
Bayangkan tekanan yang terpaksa ditanggung oleh pesakit apabila terpaksa mendengar bunyi bising selama beberapa hari.
Apapun, diharapkan agar pihak berwajib mengambil serius masalah ini agar tidak berulang di masa akan datang.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY