Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditemui Mati Di...

LAHAD DATU - Seorang lelaki ditemui mati di tepi jalan raya di hadapan...

Guna Duit Sendiri, Guru...

SEORANG guru sekolah rendah, Samelyn Lafuente dari bandar Masbate, Filipina, menghabiskan tiga tahun...

Kit Siang Digantung 6...

PENASIHATƃā€šĆ‚Ā DAP Lim Kit Siang digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan...

6 Tanda Menakutkan Robot...

HOLLYWOOD telah banyak kali mengingatkan kita tentang kebangkitan robot dan kepintaran buatan yang...

Saari Sungib Ugut Keluar Parti Jika PAS Terus Sokong Khalid Ibrahim

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib bersedia untuk keluar dari PAS dan menjadi ADUN bebas sekiranya parti itu terus berpendirian menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

Kenyataan Saari itu diihat sebagai ugutan kepada PAS yang masih sehingga kini tidak membuat pendirian mereka berhubung sokongan kepada pihak mana dalam kemelut Menteri Besar Selangor ini.

Beliau hari ini hadir bersama 29 orang ADUNƃā€šĆ‚Ā  Selangor dalam satu sidang media oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Subang Jaya, hari ini.

Selain Saari, seorang lagi ADUN PAS ialah ADUN Morib Hasnul Baharuddin.

Tindakan kedua-dua ADUN berkenaan dilihat sebagai membelot pendirian Majlis Syura PAS sebelum ini yang membuat ketetapan menyokong kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan tidak menyokong Dr Wan Azizah dilantik ke kerusi panas itu untuk mengetuai pentadbiran negeri Selangor.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula menyifatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berbohong kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan sokongan majoriti.

Lim berkata kini Pakatan Rakyat (PR) telah memperolehi sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dengan dua ADUN PAS turut menyokong.

Sebelum ini, hanya ADUN dari PKR dan DAP iaitu 28 orang menyokong Dr Wan Azizah sementara PAS melalui Majlis Syura berkata parti itu menyokong Abdul Khalid.

Tindakan dua ADUN PAS itu jelas membelakangi keputusan Majlis Syura dan pelbagai pihak kini menunggu apakah keputusan kepimpinan PAS dalam isu itu.

“Hari ini telah dibuktikan bahawa PR telah memperolehi majoriti sokongan dalam DUN Selangor dengan 30 ADUN menyokong.

“Kami ingin membuktikan hari ini bahawa Abdul Khalid telah menipu Tuanku kerana sebenarnya beliau tidak memiliki sokongan majoriti ADUN seperti yang diperkatakannya,” kata Lim.


Sokongan dua ADUN itu diumumkan amat lewat selepas Majlis Syura PAS dan juga empat ahli Exco Negeri terus komited menyokong Abdul Khalid dalam mempertahankan kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu, ara pemimpin PR dilihat menggunakan cara baru dalam mengelakkan banyak soalan politik ditanyakan kepada Dr Wan Azizah ketika sidang media itu sedang berlangsung.

Beberapa pemimpin PR dilihat secara tiba-tiba diminta berucap dan membuat kenyataan biarpun majlis berkenaan diadakan oleh ‘bakal’ Menteri Besar Selangor itu.

Sebaik selesai membaca kenyataan media, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang kemudiannya menjawab soalan para wartawan yang hadir.

Bagaimanapun, ketika ditanya soalan dari Malaysiakini, “Adakah PR bersedia menerima calon Menteri Besar dari PAS jika Sultan Selangor tidak memberi perkenaan nama beliau (Dr Wan Azizah)?” juruacara mencelah dan menjemput beberapa ADUN lain memberikan kenyataan menyokong Dr Wan Azizah.

Ketika sidang media itu diberhentikan seketika, ADUN Bukit Antarabangsa-PKR Azmin Ali, ADUN Sungai Pinang-DAP Datuk Teng Chang Kim dan ADUN Hulu Klang-PAS Saari Sungib memberikan kenyataan bahawa mereka menyokong Dr Wan Azizah.

Selepas disambung sesi soal jawab media, sekali lagi majlis diberhentikan oleh juruacara dan kali ini diumumkan pula kehadiran beberapa pemimpin utama PR antaranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Anwar dan Lim dijemput pula untuk memberikan kenyataan sekaligus membantutkan Dr Wan Azizah untuk menjawab soalan pada sidang media berkenaan, seperti kebiasaan mereka menghalang soalan banyak ditanya kepada isteri Anwar itu. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : KUMBANG WIRA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori