Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

‘Berhenti Malukan Diri, PAS...

JOHOR BAHRU - Pas perlu berhenti memalukan diri sendiri dengan terus menagih simpati...

Covid-19 Di Luar China...

GENEVA - Sejumlah 44,067 kes Covid-19 dilaporkan di 117 negara dan wilayah di...

Sijil Kelahiran Anak Kedua...

GAMBAR sijil kelahiran anak kedua Putera William dan Kate Middleton yang dimuat naik menerusi...

SPRM Tidak Telefon Individu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi...

” Saya Tak Pernah Cakap Nak Tutup Facebook ” – Shabery

Kerajaan tidak pernah berhasrat menutup laman sosial Facebook sekalipun terdapat banyak laporan penyalahgunaannya di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini hanya menyatakan kesediaan mengkaji kewajaran menutup Facebook dan kementeriannya akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

“Saya tidak pernah cakap ingin menutup laman sosial Facebook dan kerajaan sendiri tidak pernah berhasrat sedemikian memandangkan ia agak mustahil dengan jumlah akaun pengguna di Malaysia adalah 15 juta.

“Ramai orang sudah selesa menggunakan Facebook untuk berniaga dalam talian, berinteraksi dengan keluarga dan macam-macam lagi. Lainlah kalau kita (Malaysia) guna model seperti China yang dari awal lagi tidak benarkan rakyatnya menggunakan Facebook,” katanya selepas merasmikan kurier kos rendah Redbox, AirAsia di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Aireen Omar.

Ahmad Shabery berkata sudah tiba masanya kerajaan memberi pendidikan penggunaan internet secara berhemah bermula di peringkat sekolah rendah bagi mengelak berlakunya penyalahgunaan internet di masa hadapan.


“Kita belum ada lagi suatu pendidikan bagaimana menggunakan internet. Kita hanya terima benda yang sudah maju tetapi ramai yang tidak tahu cara penggunaan yang betul maka ia akan disalah guna,” katanya.

Menyentuh tentang boikot produk Israel di negara ini, Ahmad Shabery berkata perkara tersebut bergantung kepada hak individu itu sendiri untuk membuat keputusan.

Katanya boikot itu mungkin mendatangkan kesan kepada ekonomi negara namun pendidikan untuk bertindak secara rasional itu perlu.

— BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori