Kadang-kadang ada kemalangan yang berlaku bukan disebabkan oleh kecuaian si mangsa, tetapi ia disebabkan oleh pihak lain yang membuat tindakan yang bodoh dan membahayakan orang lain.
Itulah ceritanya dalam satu video kemalangan yang mengerikan yang disebarkan di laman Facebook hari ini.
Mangsa, seorang penunggang motosikal gagal mengawal kenderaannya apabila sebuah lori yang tidak berhati perut dengan selamba meletakkan lorinya menghalang laluannya.
Akibatnya penunggang itu terjatuh ke bahagian belakang lori berkenaan sebelum mangsa digilis sebuah lagi lori yang datang dari lorong bersebelahan.
Tidak diketahui nasib mangsa yang menunggang motosikal tetapi, daripada apa yang kelihatan, penunggang itu sudah tidak bergerak lagi.
https://www.facebook.com/photo.php?v=646844875417220&set=vb.106426632792383&type=2&theater
Pemandu lori berkenaan sepatutnya diambil tindakan dan dihukum kerana melakukan pekara sebegitu rupa yang membahayakan orang lain. – MYNEWSHUB.MY
Oleh : IKA