Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penolong Jurulatih Chelsea Nafi...

PENOLONG pengurus pasukan Chelsea, Steve Holland menafikan laporan mengatakan kelab Inggeris itu bakal...

Shafie Tidak Kisah Hilang...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau...

Banjir Di Gujarat Korbankan...

NEW DELHI - Angka kematian akibat banjir besar berikutan musim monsun di Gujarat,...

Majistret Didakwa Minta, Terima...

KUANTAN - Seorang majistret dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas...

SEGERA: 3 Dipercayai Tertimbus Di Tapak Pembinaan MRT

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya.

Pasukan kecemasan, pihak polis serta anggota Bomba dan Penyelamat sudah digerakkan.

“MRT Corp mengesahkan kemalangan berlaku di tapak pembinaan, bertempat di bekas tapak RRI dekat Kota Damansara.

“Ketika pembinaan dijalankan, satu blok konkrit landasan terlepas daripada slot dan jatuh,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pada jam 10.40 malam tadi.

Sehingga kini, belum ada kematian atau kecederaan dilaporkan.


“Siasatan masih diteruskan. Pasukan kecemasan, polis serta bomba dan penyelamat telah digerakkan dan berada dalam keadaan berjaga-jaga di lokasi kejadian. Maklumat terbaru akan dikeluarkan dari semasa ke semasa,” katanya.

10561646_710227239026495_6434238663445945140_n

10561646_710227239026495_6434238663445945140_n

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori