Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Samun RM70...

ALOR SETAR - Dua lelaki bersenjatakan kapak dan batang besi menyamun sebuah kedai...

Video Gadis Rebah Bukan...

KUANTAN - Ahli keluarga kepada gadis yang rebah dan meninggal dunia di sebuah...

PABM Panggil Pulang 2...

GEORGE TOWN - Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) akan membawa pulang dua atlet...

Sharifah Aleya Selamat Lahirkan...

TAHNIAH kami ucapkan kepada bekas penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya yang selamat melahirkan...

Selesai Solat Lima Jenazah Di Belanda Sebelum Diterbangkan….

The Hague (Belanda) – Empat jenazah penumpang dan anak kapal MH17 disolatkan lebih 60 jemaah di dewan pusat pengurusan jasad Monuta, di The Hague, Amsterdam, 7.45 petang (10 malam waktu Malaysia).

Antara mereka terdiri ahli keluarga, kakitangan kedutaan Malaysia di Belanda, pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Pegawai Kor Agama Kementerian Angkatan Tentera Malaysia (ATM), petugas MAS dan penuntut Malaysia.

Solat jenazah tiga wanita dan seorang lelaki itu diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya, Abdul Manaf Mat.

Sementara itu, satu lagi jenazah wanita disembahyangkan sekitar 10 malam waktu tempatan.


Empat jenazah kemudian dihantar ke rumah mayat berhampiran lapangan terbang Schiphol bagi menunggu tiba untuk diterbangkan ke Malaysia.

Solat jenazah bermula selepas selesai sembahyang Asar diikuti tahlil.

Ahli keluarga mangsa kemudian dibenarkan bersama jenazah kira-kira 30 minit sebelum keranda dipindahkan ke dalam kereta mayat.

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori