Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Yuna Dilema Sertai AJL29...

Siapa tak kenal pelantun lagu Terukir Di Bintang yang dijulang sebagai pemenang Anugerah Juara...

Kecoh Banyak Jubin Lantai...

SINGAPURA - Ramai penduduk flat awam yang diuruskan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB)...

Peguam Wanita Berhenti Kerja,...

SEORANG gadis bernama Emily Boutard berhenti bekerja sebagai peguam dua tahun lalu dan kini...

Zii Jia Keluar BAM...

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menafikan laporan yang mendakwa perseorangan lelaki No.1 negara, Lee...

Shiha (Mentor) Langgar Pantang Dilarang Bercakap

PETALING JAYA – Penyanyi Shiha (Mentor) tetap berdegil mahu meneruskan persembahannya pada Konsert Chow Kit Road 2.0 di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada malam Sabtu (hari ini) biarpun dimarahi doktor kerana melanggar pantang akibat penyakit Laryngitis (keradangan kotak suara).

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 27, berkata, dia sepatutnya tidak dibenarkan bercakap selama 10 hari, namun terpaksa meneruskan persembahan memandangkan dia sudah berjanji dengan pihak penganjur.

“Sepatutnya saya perlu berehat dan tidak dibenarkan bercakap selama 10 hari.

“Tetapi dah ada urusan kerja, nak tak nak saya perlu melakukan persembahan pada konsert itu nanti.

“Sampaikan doktor saya marah kerana tidak ikut pantang. Kata dia, kalau pesakit lain, dah sembuh dah, tetapi saya tak sihat-sihat lagi,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Isnin lalu, Shiha telah dimasukkan ke wad Pusat Pakar KPJ Ampang Puteri selepas didapati terkena penyakit Laryngitis.

Shiha turut memuatnaik foto-foto sepanjang dia ditahan di hospital menerusi Instagram miliknya.

shiha 2


Menurut penyanyi lagu Halusinasi ini, penyakit berkenaan berpunca kerana dia terlalu banyak membuat latihan nyanyian sehingga menyebabkan suaranya hilang.

Bagaimanapun, dia terpaksa keluar wad pada petang Jumaat kerana ingin membuat persediaan bagi persembahan Konsert Chow Kit Road 2.0.

Sementara itu Shiha berharap penyakitnya itu tidak terlalu serius kerana dia risau jika ia mengganggu kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

“Bagi orang lain penyakit ini mungkin nampak kecil tetapi ia satu masalah besar buat saya kerana boleh mengganggu kerja nyanyian saya.

“Sudahlah banyak urusan kerja yang belum diselesaikan, dapat pula penyakit ini.

“Mungkin selepas persembahan konsert ini, saya terpaksa akur untuk berehat dengan lebih lama,” ujarnya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori