Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Keracunan Makanan: 3 Kes...

KUALA LUMPUR – Bilangan kes keracunan makanan (KRM) disyaki berpunca daripada memakan laksa...

Pendakwaan Tarik Balik Rayuan...

PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan telah menarik balik rayuan agar dikenakan hukuman lebih berat...

Ahli Akademik Mahu Sekatan...

WASHINGTON – Negara-negara di dunia mesti menge­nakan sekatan terhadap China berhubung penahanan beramai-ramai...

Pemandu Lori Lawan Arus...

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan...

Sotong Goreng Kicap Mudah Dan Sedap

Jom kita tengok resepi sotong goreng kicap yang mudah tapi sangat sedap, ia amat mudah dimasak dan ‘pehhh’ makan dengan nasi panas-panas memang terangkat beb.

Bahan-bahan:

500 gram sotong
1 biji bawang besar Holland – hiris bulat
3 biji cili merah – hiris serong
2 biji cili hijau – hiris serong
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cukup rasa Knorr
Kicap masin secukupnya
Gula secukup rasa

Cara-cara:

Gaul sotong bersama sedikit garam, serbuk cukup rasa Knorr dan serbuk kunyit secara merata. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong tadi. Tutup kuali dan biarkan air sotong kering. Kacau sekali sekala supaya sotong tidak hangus.

sotong

Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa. Kacau sebati, diikuti gula dan kicap masin secukupnya. Kacau sebati.

Masukkan hirisan lada hijau dan lada merah dan bawang besar. Kacau lagi.


sotong2

Bila cili dan bawang mula layu, boloehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

sotong3

 

 

Sumber: Azie Kitchen 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori