Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Morais Tak Puas Hati...

JOHOR BAHRU – Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses...

Ibu Bapa Rancak Membeli...

KUALA LUMPUR - Menjelang beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan bagi tahun 2017...

Bos Pemurah Bawa 12,700...

China - Adakah bos-bos di China merupakan majikan terbaik di dunia?Selepas seorang majikan...

Kes Basikal Lajak: Rayuan...

Rayuan pemandu wanita terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu...

Spesifikasi Samsung Galaxy Alpha Mengalahkan S5 dan One M8

Jika sebelum ini hanya bahagian luaran dan spesifikasi terbaru Galaxy Alpha sahaja yang tertiris kepada umum.

Namun hari ini memetik laporan daripada GSM Arena, peranti premium terbaru daripada Samsung tersebut dilaporkan telah mengatasi Samsung Galaxy S5 dan HTC One M8 dari segi prestasi pemprosesan.

gsmarena_001

Sebuah imej yang tertiris menunjukkan peranti dengan kod SM-G859F, dipercayai Samsung Galaxy Alpha, mendapat mata sebanyak 38248 dalam aplikasi benchmark AnTuTu (aplikasi penanda aras peranti pintar).

Jumlah mata itu melebihi mata yang dikumpul HTC One M8 dan Samsung Galaxy S5.

Jika dilihat dari luarannya, butiran Samsung Galaxy Alpha sememangnya mempunyai sedikit persamaan dengan Galaxy S5, termasuk dari segi rekabentuk, skrin kacanya kecuali kerangka tepinya yang berasaskan logam aluminium.

gsmarena_002


Walaupun pada mulanya dikhabarkan mengguna pemproses Exynos 5433, namun laporan terbaru mengatakan ia akan dilengkapi pemproses octa-core 1.8GHz Exynos 5 Octa yang disokong dengan 2GB RAM dan GPU hexa-core Mali-T628.

Flagship terbaru Samsung ini juga merupakan telefon pintar Samsung pertama yang menyokong nano-SIM.

Sumber: GSMARENA

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori