Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kedah ‘Mewah’ 30 Saluran...

MERIAH... Menjelang pemansuhan siaran analog di seluruh negara pada 1 Jun ini, ramai...

Tidak Patuhi RoS, Tidak...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP...

Rayer Tarik Diri Wakili...

GEORGE TOWN - Peguam, RSN Rayer menarik diri daripada mewakili seorang tertuduh dalam...

“Doa Lim Kit Siang...

JAWAPAN kepada komen-komen negatif Lim Kit Siang terhadap doa PM seperti yang tersiar...

Tak Sempat Ke Klinik, Wanita Lahirkan Bayi Dalam Bas

GARA-GARA tidak sempat sampai ke klinik, seorang wanita warga Indonesia melahirkan bayinya di dalam sebuah bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak ke Pontianak, Indonesia, kelmarin.

Memetik laporan Borneo Post, keadaan Sumarni Abakar, 32, yang dalam kesakitan disedari oleh penumpang yang duduk bersebelahan dengannya sebelum memaklumkannya kepada pemandu bas tersebut yang kemudiannya segera memandu bas itu menuju ke sebuah klinik terdekat di Tatau.

Bagaimanapun, Sumarni akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki dengan bantuan seorang penumpang wanita yang dikenali sebagai Latifah Sharudi pada jam 7.55 malam.

Menurut Latifah, dia bersyukur kerana si ibu dan anak dalam keadaan selamat.

Sebagai tanda gembira, ada penumpang yang memberikan duit sebagai hadiah kepada Sumarni dan bayinya.


 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori