Samsung dan Barnes & Noble telah mengumumkan kerjasamanya dalam penghasilan sebuah tablet khusus, dan kini melalui saluran YouTube milik Nook, sebuah video teaser untuk Galaxy Tab 4 Nook telah pun diterbitkan.
Untuk pengetahuan, Barnes & Noble merupakan syarikat peruncit buku terbesar di Amerika Syarikat dimana mereka memiliki lebih 600 kedai buku dibawah jenamanya.
Samsung dan Barnes & Noble akan memperkenalkan tablet baru ini pada bulan hadapan, dan ia dilihat akan memfokuskan kepada pembacaan.
Dari segi rekabentuk, ia masih mengekalkan rekaan lama, dan tidak lagi menggunakan konsep rekaan baru Samsung.
Berkemungkinan besar, tablet ini hanya akan dipasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa permulaan ini.
Mungkin pihak Samsung dan Nook akan menawarkan beberapa kandungan khusus, disamping menawarkan pengoptimasian pada skrin untuk pembacaan.
Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi kedua-dua pihak berkenaan tablet baru ini.
Oleh: hzqahmd