Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Program Pembangunan Peneroka Diperluas

KUALA LUMPUR - Program Pembangunan Peneroka (PPP) menerusi projek pertanian dan ternakan akan...

Indentiti 4 Lelaki Kes...

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis hari ini mendedahkan identiti empat lelaki yang...

LHDN Beri 6 Bulan...

SEBELUM ini nama aktor Shaheizy Sam menjadi perhatian media berikutan namanya tersenarai dalam...

Bicara Kes Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri...

Tony Tak Mahu MAS, Lapangan Terbang Atau F1 Lagi

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes hari ini menolak khabar angin mengenai kemungkinan beliau membeli kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Malaysia Airlines.

“Saya mahu kehidupan saya lebih mudah. Itulah sebabnya saya jual Formula One (F1) dan saya cuma ada bola sepak.

“Saya tidak mahu memiliki lapangan terbang dan saya tidak mahu memiliki sebuah lagi syarikat penerbangan. Saya cuma mahu AirAsia,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran perkhidmatan kurier kos rendah AirAsia, Redbox.

Fernandes, yang juga memiliki Kelab Bolasepak Queens Park Rangers, mengumumkan bulan lepas bahawa beliau telah menjual pasukan Caterham F1 kepada sebuah konsortium ahli perniagaan Switzerland dan Arab.


Sementara itu, Fernandes berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan MAHB untuk mengadakan laluan-laluan baharu untuk meningkatkan lalu lintas penumpang ke negara ini.

Beliau yakin hubungan AirAsia-MAHB akan lebih baik memandangkan kini sudah ada semakin banyak komunikasi antara kedua-dua pihak.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori