Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bekas Anggota Polis Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas anggota polis dijumpai mati dipercayai terjatuh dari tingkat...

Siasatan Terperinci Dijalankan Kenal...

Subang Jaya : Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal...

Watson Berang Rancangan Komedi...

MIRI - Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek kecewa dengan tindakan sebuah stesen...

Caliph Buskers Hampir Ditipu,...

CALIPH Buskers yang merupakan pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-30 menerusi naskhah...

Ummi Nazeera Bimbang Riak Jika Keluar Jumpa Media

SEJAK pelakon manis, Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, dia dilihat seakan menjauhkan diri daripada dunia glamor yang pernah dikecapinya sebelum ini.

Menerusi Murai.com, dia akhirnya membuka mulut mengenai perubahan itu.

Katanya, dia bukan sengaja tidak mahu berjumpa dengan rakan media, sebaliknya dia punyai alasan tersendiri.

“Saya tahu bila orang tengok perubahan pada penampilan saya, mereka suka dan saya sudah tentunya sangat gembira.

“Tetapi kenapa saya jarang keluar adalah saya masih belum selesa serta yakin perubahan ini adalah disebabkan kemahuan sendiri atau sebab lain. Pada saya jika saya terus menerus keluar dan bercerita mengenai penampilan saya ia seperti menyimpang daripada niat saya dan bimbang akan menjadi riak.

“Kerana itu saya mencari dulu waktu yang sesuai dan setelah saya rasa yakin ini yang saya mahukan, barulah saya boleh bercerita dengan anda semua tentang penghijrahan saya ini,” jelasnya.


Kami tabik dengan pendirian Ummi itu.

Bukan apa, kadang-kadang ada artis yang baru berhijrah, tapi gaya dan lagak umpama ustaz dan ustazah bila bercakap sehingga sanggup mengguris hati orang lain.

Semoga Ummi terus istiqamah dalam menuju jalan yang diredhai-Nya.

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori