Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Rakyat Pahang Iringi Keberangkatan...

KUANTAN ā€“ Perasaan sayu bercampur bangga jelas terpamer di wajah rakyat jelata yang...

‘Langkah London’ Tak Wujud

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan wujud 'Langkah...

28 Restoran Pelita Seluruh...

PEMILIK restoran nasi kandar Pelita, antara restoran nasi kandar paling popular di Malaysia,...

7 Penduduk Awam Maut...

BEIRUT - Serangan udara hari ini mengorbankan tujuh penduduk awam di wilayah barat...

UMNO Terus Diterima Kerana Prinsip Sederhana

TUARAN – Prinsip kesederhanaan yang diamalkan Umno sejak penubuhannya pada tahun 1946 menjadikan parti keramat Melayu itu terus relevan, kuat, teguh dan diterima majoriti rakyat di negara ini, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata sejarah perjuangan Umno jelas membuktikan bahawa di samping memperjuangkan kepentingan Melayu dan Bumiputera Islam, pada masa yang sama, Umno tidak leka daripada menjaga dan memelihara kepentingan Bumiputera bukan Islam dan bukan bumiputera.

“Saya selalu beranggapan bahawa Umno dalam sejarahnya, diterima rakyat Malaysia apabila ia dilihat sebagai sebuah parti sederhana yang tidak lari daripada memperkasa dan melindungi kepentingan kaum Bumiputera Islam tetapi pada masa yang sama dilihat oleh Bumiputera bukan Islam dan bukan bumiputera sebagai mampu untuk melindungi dan menaungi mereka.

“Dalam sejarah Umno, kita berkongsi kuasa, saling sayang menyayangi, saling inklusif dengan kaum-kaum lain dan dari situ kita mempunyai dasar-dasar yang tidak hanya eksklusif kepada orang-orang Melayu dan Islam sahaja. Kerajaan yang ditunjangi Umno sentiasa memikirkan semua pihak, baik bumiputera mahupun bukan bumiputera,” katanya.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tuaran di sini hari ini.

Abdul Rahman, yang juga anggota Parlimen Kota Belud berkata bagi memastikan Umno, sebuah parti politik terbesar dan tersohor di negara ini, terus kukuh, kuat dan dihormati semua kaum dan agama serta diterima majoriti rakyat Malaysia, prinsip kesederhananaan itu mesti terus didokong dan Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti ekstrem.


Menyentuh isu yang sama, Abdul Rahman dalam ucapannya berkata Umno, walaupun sebuah parti berasaskan kaum, namun parti berkenaan bukan parti perkauman kerana ia sentiasa mengambil kira kepentingan seluruh rakyat Malaysia termasuk dalam aspek pemerintahan.

Katanya sejarah telah membuktikan bahawa Umno memilih untuk berkongsi kuasa dengan kaum-kaum lain untuk membentuk kerajaan meskipun pada hakikatnya Umno boleh membentuk kerajaan sendiri berdasarkan majoriti kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya.

Sementara itu, Abdul Rahman menggesa anggota pergerakan Pemuda Umno supaya lebih berinovasi dalam gerak kerja mereka bagi menghadapi landskap politik di negara ini yang sudah berubah sekali gus menjadikan pergerakan berkenaan terus relevan dalam perjuangan mereka.

Beliau berkata sudah tiba masanya Pemuda Umno melaksanakan program ilmiah secara serius bukan sahaja untuk para anggotanya tetapi juga kepada generasi muda.

Ini, katanya, bagi menjelaskan pelbagai isu semasa secara intelektual bagi memastikan golongan berkenaan tidak mudah terpesong dengan maklumat tidak sahih yang tersebar di media-media sosial. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori