Kemalangan jalan raya yang kecil-kecil biasanya akan menyebabkan berlakunya bibit-bibit pergaduhan dan pertengkaran di tepi jalan bagi membuktikan kononnya siapa betul dan siapa salah.
Di laman Facebook kini tersebar satu rakaman video pertengkaran antara dua orang wanita selepas kemalangan yang berlaku.
Kejadian dikatakan berlaku berhampiran stesen minyak Shell di Bandar Tasik Selatan.
Tidak difahami dengan jelas apakah jenis kereta yang sebuah lagi terlibat dalam kemalangan ini selain kereta Perodua Myvi wanita yang memakai tudung hitam itu.
Wanita yang menaiki, Myvi itu mahu mengajak wanita yang seorang lagi supaya sama-sama membuat laporan polis berkaitan kemalangan itu tetapi wanita yang berbadan agak gempal berkenaan enggan dan meminta bayaran ganti rugi.
Ekoran kengganan wanita bertudung membayar, wanita yang gempal bertindak menendang kereta Myvi wanita itu dan mula memaki hamun.
Menurutnya, setakat ganti rugi membabitkan bayaran sekitar RM100 ke RM2OO tidak perlu untuk membuat laporan polis kerana ianya menyusahkan.
Sudahnya, wanita gempal itu terus memarahi pemilik Myvi berkenaan dengan pelbagai lagi kata-kata berunsur marah. – MYNEWSHUB.MY
Oleh : IKA