JARANG sekali kita menyaksikan Istiadat Penghormatan Jenazah untuk orang awam seperti yang diterima oleh mangsa tragedi MH17, hari ini.
Namun, kita perlu faham bahawa peristiwa ini bukanlah sesuatu yang berlaku hampir setiap hari dalam sejarah negara kita.
Insiden ini bukan sahaja menyedihkan, tetapi turut membuka mata masyarakat dunia betapa kejamnya tindakan sekumpulan manusia sehingga menyebabkan ramai orang kehilangan insan yang tersayang.
Bagaimanapun, masih ada yang gemar mempertikaikan tujuan diadakan hari berkabung untuk para mangsa seperti wanita ini.
Agaknya, kalau satu hari nanti dia kehilangan ahli keluarga kerana perkara yang sama, tidakkah dia berasa bangga insan kesayangannya itu diberi penghormatan sebegitu rupa?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY