Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

TPM Vietnam Tiba Untuk...

SEPANG – Timbalan Perdana Menteri Vietnam Truong Hoa Binh tiba di Lapangan Terbang...

UPSI Jalin Kerjasama Dengan...

IPOH - Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan...

Najib Diarah Kemuka Permohonan...

Mahkamah Persekutuan memberi tempoh sehingga 20 Mei kepada Najib Razak untuk memfailkan permohonan...

15 Kes Baharu Covid-19...

MALAYSIA mencatatkan 15 kes baharu positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari ini...

Amalan Membazir Orang Arab: ‘Licin’ Bermakna Satu Penghinaan

KAMI yakin anda pernah melihat gambar-gambar jamuan makan masyarakat Arab yang adakalanya dilihat agak melampau.

Apa tidaknya, kuantiti makanan yang disajikan begitu banyak dan mewah jika dibandingkan dengan jumlah tetamu yang hadir.

Rupa-rupanya, jurufoto terkenal, Saiful Nang pernah berkongsi cerita mengenai perkara ini menerusi status di akaun Facebooknya.

Amalan Membazir Orang Arab: 'Licin' Bermakna Satu Penghinaan

Katanya:

“Pernah saya tuliskan sebelum ini semasa saya mengerjakan haji tahun lalu. Budaya pelik orang Arab tempatan (Saudi) yang saya pasti bukan ajaran Islam. Mereka akan makan dengan banyak tetapi tidak boleh melicinkan talam mereka. 2/3 biasanya AKAN DIBUANG sebagai tanda tuan rumah pemurah dan menjamu lebih dari cukup. Pernah hampir habis talam dijamu dengan muka agak bengis mereka tuangkan selonggok lagi nasi mandy. Rupanya…ia bukan untuk dihabiskan sebaliknya untuk dibuang. Licin bermakna satu penghinaan kepada tuan rumah.

Sampai hari ini saya masih terkilan perkara itu berlaku secara budaya menyeluruh dan tidak jauh dari mereka adalah gelandangan yang mengutip sisa buangan makanan mereka di tong sampah. Anda boleh pilih untuk tidak percaya saya tapi ini hanya pengalaman saya dan ia bukan sekali tetapi setiap kali. Disahkan juga oleh rakan-rakan Saudi saya sendiri. Nauzubillah.

Gambar ini sekadar hiasan tetapi percayalah dari Arab kaya sampai Arab yang tak kayapun membudayakan pembaziran yang sama. Mereka bangga Nabi diutus pada kaum mereka tetapi mereka tidak sedar jika Nabi saw membawa hudan Al-quran mampu membaiki akhlak manusia yang terburuk atas muka bumi ini, pastinya Al-Quran dengan mudah mampu membentuk bangsa yang lain. – SAIFUL NANG”


Semoga dengan perkongsian ini, tidak ada lagi pihak yang cuba mengaitkan budaya buruk segelintir masyarakat Arab ini dengan ajaran Islam, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Israk: ayat 27)

Amalan Membazir Orang Arab: 'Licin' Bermakna Satu Penghinaan

Amalan Membazir Orang Arab: 'Licin' Bermakna Satu Penghinaan

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori