Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes Hina Sultan Pahang:...

ALOR SETAR - Akibat bercakap ikut suka hati, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk...

Iran Enggan Serah Kotak...

TEHRAN - Iran semalam tidak mahu menyerahkan kotak hitam pesawat Ukraine yang terhempas...

Tun Mahathir Dirawat Di...

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan...

Amar, Amyra Selamat Bertunang...

KUALA LUMPUR - Pasangan pelakon popular, Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, selamat...

11 Perkara Semua Orang Mesti Tahu Tentang Rokok Tak Sah

Kebanyakkan perokok sanggup membakar wang ringgit mereka demi membeli sekotak rokok yang harganya diantara RM10 ke RM12.

Tetapi, bagaimana pula dengan jenis rokok-rokok seludup atau lebih dikenali dengan panggilan ‘rokok lipas’ yang harganya jauh lebih murah?

Bunyi agak kasar tapi itulah gelaran yang digunakan oleh pemuda-pemuda yang ingin menjimatkan perbelanjaan kerana harga bagi setiapnya sangat murah, iaitu sekitar RM3 ke RM5 sekotak.

Jom lihat fakta-fakta berkenaan rokok seludup atau rokok lipas ini.

1.Menurut kajian yang dijalankan oleh Oxford Economics,  ketiga-tiga jenama utama di bawah label haram yang terdapat di Malaysia ialah Gudang Garam, John dan Canyon.

1

 

 

2. Malaysia merupakan pengguna rokok tidak sah ke-3 tertinggi di antara 11 negara Asia (ITIC & Oxford Economics 2013)

2

 

 

3. Sebanyak 34.5% jumlah rokok yang terjual di Malaysia adalah tidak sah.

3

 

 

4. Aktiviti penjualan rokok tidak sah di Malaysia terbahagi kepada dua:

Iaitu rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini dan rokok kontraband adalah produk yang diimport untuk jualan komersil tetapi tidak dibayar cukai kepada negara.

 

5. Di Malaysia, ‘rokok tidak sah’  bukan bermaksud jenama rokok seperti Marlboro atau Dunhill.

4

6

 

6. Apa yang dimaksudkan adalah rokok yang dihasilkan secara murah seperti jenama John, Luffman, Gudang Garam, Canyon, Era, League dan lain-lain.


7

8

9

10

 

7. Jenama-jenama ini dikilangkan di negara luar seperti Indonesia dan diseludup Ke Malaysia.

11

12

 

8. Rokok seludup kebanyakanya dijual oleh pendatang asing dari Indonesia dan Filipina.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Abdul Manaf Othman, “Kesemua rokok ini juga dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran di kawasan Lahad Datu.” – Berita Harian

 

9. Rokok tidak sah adalah cara paling lumayan untuk membiayai dana jenayah terancang dan aktiviti pengganas. Permintaanya dan untungnya yang tinggi serta denda kesalahannya agak rendah berbanding jenayah dadah.

IPOH: Sekumpulan penjenayah yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard dan Proton Perdana bertindak mengepung sebuah van yang membawa rokok sebelum melarikan van berkenaan bersama seorang pekerja dalam kejadian di Pekan Razaki, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi. – Berita Harian

13

 

10. Rokok tidak sah dijual pada separuh harga rokok asli dengan harga RM3.50 Sepaket. Ini bermakna, ia membuatkan lebih mudah dibeli oleh remaja bawah umur.

14

 

11. Sebenarnya info mengenai rokok tidak sah ini  merupakan maklumat  yang seharusnya kita titik beratkan dan di antara semua, perkara paling penting kita sebagai orang islam perlu pegang ialah : ROKOK ADALAH HARAM

Sumber: 1, 2, 3

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori