Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Agong Berkenan Lanjut Tempoh...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi...

Bukit Aman, IPK Selangor...

KUALA LUMPUR - Polis Bukit Aman dan Kontinjen Selangor akan bekerjasama memburu dalang...

Hina Sultan: Polis Buru...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu sedang mengesan pemilik dua akaun Facebook yang didapati...

Sedang Kenal Hati Budi,...

PELAKON kacak Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak, 34, mengakui...

137 Pelajar Kolej Vokasional Temerloh Disah Mendapat Gejala ILI

KUALA PILAH – Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 137 daripada keseluruhan 531 orang pelajar Kolej Vokasional Temerloh, Pahang mendapat kluster ‘Influenza Like Illness (ILI)’ atau gejala seakan influenza baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata bilangan pelajar yang mendapat ILI itu direkodkan sejak Khamis lepas sehingga semalam.

“Gejala ILI ini tidak merbahaya tetapi ia cepat boleh merebak daripada seorang kepada seorang yang lain. Langkah pencegahan dan kawalan telah diambil di mana pelajar yang masih tidak sihat telah diasingkan untuk mengelak penularan gelaja berkenaan.

“Kita ingin menegaskan bahawa pelajar berkenaan tidak dikuarantin sebagaimana yang dilaporkan. Pelajar dengan gejala ILI dibekalkan topeng mulut dan hidung serta diberikan pendidikan kesihatan diri. Manakala pelajar yang sihat tanpa gejala ILI dibenarkan untuk menghadiri kelas seperti biasa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah pada Isnin.

Katanya tidak ada pelajar yang serius akibat gejala ILI dan mereka stabil dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Temerloh dan klinik berdekatan.

“Kita jangka pelajar akan sembuh dalam beberapa hari lagi,” katanya.

Dr Subramaniam berkata pelajar yang menghidapi gejala ILI didapati mengalami tanda jangkitan influenza yang ringan, batuk, sakit tekak dan demam.

Katanya hasil ujian sampel swab tekak yang dilakukan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh mengesahkan pelajar berkenaan dijangkiti virus influenza A (H3) iaitu virus selsema bermusim yang biasa menyebabkan kluster ILI.

Beliau berkata kejadian yang berlaku di Kolej Vokasional Temerloh merupakan kejadian terpencil dan keadaan adalah terkawal.


“Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Pahang akan terus memantau kejadian kluster ini,” katanya.

Mengenai lambakan jururawat kelulusan kolej kejururawatan swasta yang masih menggangur dan mendapat peluang pekerjaan yang lain, beliau berkata kementeriannya sedang mencari jalan membantu mereka.

“Tahun ini kementeriannya mengambil 1,600 orang jururawat lulusan kolej kejururawatan swasta untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Jumlah pengambilan ini bagaimanapun akan dikaji setiap tahun,” kata Dr Subramaniam.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihati jururawat kerajaan supaya mengikuti kursus pengkhususan dalam satu-satu bidang pos basik.

Katanya ini kerana walaupun bilangan jururawat mencukupi tetapi jururawat pos basik masih belum mencukupi, bukan sahaja dalam perkhidmatan kerajaan, malah juga di sektor swasta.

“Kita sedang memberi tumpuan kepada latihan pos basik iaitu macam mana kita boleh menambah tempat yang ada supaya lebih ramai jururawat mendapat latihan pos basik. Sekarang terdapat 23 bidang pos basik yang ditawarkan.

“Kementerian Kesihatan kini mempunyai 33 kolej dan daripada jumlahitu, 16 kolej menyediakan diploma kejururawatan dan pada tahun ini terdapat 3,380 orang yang sedang mengikuti latihan untuk memperoleh diploma kejururawatan,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori