Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMNO, BN Tak Dapat...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen...

Pinda Laporan 1MDB: Pendakwaan...

KUALA LUMPUR - Pasukan pendakwaan dalam kes pindaan laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development...

Mayat Tanpa Pakaian Ditemukan...

LANGKAWI - Satu mayat dipercayai lelaki ditemukan terapung pada kedudukan lebih kurang 0.1...

Arahan Bercuti: FGV Anggap...

KUALA LUMPUR - Susulan arahan bercuti yang dikenakan ke atas Presiden dan Ketua...

Pembedahan Otak Ubah Kehidupan Model Playboy Sepenuhnya

LONDON  – Seorang model Playboy, Brit Kerri Parker yang menjalani kehidupan mewah akhirnya menjadi individu berbeza hanya dalam masa semalaman selepas dia menjalani pembedahan otak pada Februari lalu.

Parker yang sebelum ini hidup dapat dunia glamor dan mendampingi golongan kaya di London dan Los Angeles, menjadi individu yang berbeza sekali dengan apa yang dilaluinya sebelum ini.

“Saya dikesan menghidap kanser otak pada Oktober tahun lepas pada usia 29 tahun. Meskipun sebelum ini selama setahun saya berasa tidak sihat namun saya tidak mempedulikannya.

“Hanya selepas saya pulang bercuti dari Mesir pada bulan Oktober tahun lepas dan selepas mengalami sakit kepala yang teruk barulah saya membuat pemeriksaan dan dikesan menghidap kanser otak,’’ katanya.

Ketika itu Parker enggan mengalah dan meneruskan kehidupan sebagai model hinggalah dia menjalani pembedahan pada bulan Februari lalu.


“Selepas sedar dari pembedahan itu, saya menjadi orang lain. Sebelum ini saya tidak sukakan makanan ringan, kini saya boleh habiskan berbeg-beg makanan tersebut.

“Saya sangkakan ia perkara kecil hinggalah saya benci pada bidang modeling dan lebih suka duduk di rumah daripada berparti,’’ katanya.

Perubahan yang dilalui Parker itu menyebabkan dia kehilangan kawan dan Paker kembali ke kampung halamannya, jauh daripada kehidupan glamor.

  • Lagi berita berkaitan:
  • model

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori