Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Jamin Kawal Kenaikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang minyak...

Tabung Haji Semakin Teruk,...

PENGUMUMAN hibah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebanyak 1.25 peratus awal bulan ini...

Polis Dalam Rundingan Akhir,...

Pihak polis kini dalam fasa rundingan akhir untuk membebaskan anggota polis marin yang...

Mahathir Diberi Taklimat Tentang...

KUALA LUMPUR - Dr. Mahathir Mohamad hari ini diberi taklimat tentang rakaman audio...

15 % Nelayan Laut Dalam Guna Distem FSI

ALOR SETAR – Hanya 15 peratus daripada 1,273 nelayan laut dalam di negara ini menggunakan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) sejak dilancarkan pada Januari 2011.

Pengurus Projek FSI Jabatan Perikanan Malaysia, Raja Bidin Raja Hassan berkata, setakat ini kira-kira 93 peratus nelayan di negara ini telah mendaftar dalam sistem FSI namun tahap penggunaannya masih rendah, kerana mereka lambat mengaplikasikannya.

Katanya, ada sesetengah nelayan masih menggunakan kaedah lama dengan berpandukan unjang yang dipasang bagi menarik ikan berkumpul dan mencari kawasan ikan berkumpul.

Beliau berkata pihaknya meminta agar persatuan nelayan dan pihak yang terlibat dalam sektor perikanan di setiap kawasan memainkan peranan untuk memastikan nelayan menggunakan FSI bagi memastikan hasil tangkapan lebih banyak.

“Jika nelayan guna sistem FSI mereka dapat kurangkan kos operasi dan memendekkan masa pencarian lokasi ikan. Sebelum ke laut mereka akan terima sistem pesanan ringkas (SMS) mengenai lokasi ikan berkumpul,” katanya pada Program Lonjakan Aplikasi FSI, Nelayan Pantai Barat di sini, hari ini.


Raja Bidin berkata, nelayan yang berdaftar dengan sistem FSI tidak akan dibebankan dengan yuran pendaftaran kerana sistem itu akan diperoleh melalui SMS atau portal Jabatan Perikanan.

“Nelayan akan terima SMS setiap hari dan sistem FSI akan mengemas kini lokasi ikan setiap hari bagi memudahkan nelayan untuk terus ke lokasi tumpuan ikan,” katanya.

Katanya pihaknya juga akan menyalurkan sebahagian maklumat mengenai lokasi ikan berkumpul kepada nelayan sebagai langkah untuk mengawal sumber ikan daripada habis.

Beliau berkata pihaknya mensasarkan kira-kira 30 peratus nelayan akan menggunakan aplikasi FSI secara berterusan sehingga akhir tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori