Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Letupan Bom Di Stesen...

PESHAWAR, Pakistan - Sekurang-kurangnya tiga maut susulan kejadian letupan bom di sebuah stesen...

Yakin Pengundi Tidak Terpengaruh...

PASIR SALAK - UMNO yakin pengundi bijak tidak akan terpengaruh dengan kempen undi...

Lapor Aktiviti Pendakian Kepada...

YAN - Anggota masyarakat khususnya golongan yang gemar melakukan aktiviti pendakian di kawasan...

Jenazah Mangsa Letupan Dandang...

BESUT - Jenazah jurudandang, Mohd. Sukri Sulaiman, mangsa letupan dandang stim, kilang plastik...

162 Konsain Makanan Dilarang Masuk Pasaran Negara

MELAKA – Sebanyak 162 konsain makanan telah dilarang untuk memasuki pasaran negara disebabkan faktor keselamatan makanan berdasarkan pemantauan yang dilakukan Kementerian Kesihatan tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, ini adalah berdasarkan pemantauan kementerian itu terhadap 140,234 konsain makanan yang diimport ke negara ini dengan nilai kira-kira RM18 bilion.

“Pada keseluruhannya kadar pelanggaran produk makanan yang dijual di pasaran sepanjang dekad lalu tidak menunjukan peningkatan yang signifikan iaitu hanya pada kadar 4.76 peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Makanan Selamat di sini, hari ini.

Ekspo yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini menampilkan kira-kira 100 pengusaha produk makanan yang mengambil bahagian bagi mempromosi produk mereka selain memberikan kesedaran terhadap keselamatan makanan kepada pengunjung.


Sementara itu, Dr Hilmi berkata, 1,152 pengusaha makanan daripada kategori industri kecil dan sederhana (IKS) telah memperoleh pengiktirafan Persijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) sejak persijilan itu diperkenal tahun lepas sehingga bulan lepas.

“Persijilan MeSTI merupakan batu loncatan kepada pengusaha IKS untuk meningkatkan sistem jaminan keselamatan makanan mereka kepada tahap yang mampu memenuhi piawaian antarabangsa, seterusnya membantu IKS lebih berdaya saing terutamanya bagi menembusi pasaran antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori