Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pembantu Rumah Saksi Pertama...

IPOH - Seorang pembantu rumah yang didakwa dirogol  Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul...

Marcote Yakin Bawa Lang...

ALOR SETAR – Ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote Pequeno begitu teruja untuk membawa...

Banjir Kilat C.Highlands Kesan...

TEMERLOH - Kejadian banjir kilat menyebabkan sebuah jambatan runtuh dan menghanyutkan beberapa kenderaan...

Jangan Terpengaruh Dengan Kempen...

SEMPORNA - Pengundi di Semporna dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan kempen #UndiRosak, kata...

Tidak Peduli Papan Tanda Larangan Buang Sampah

HULU SELANGOR – Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) berasa kesal dengan sikap segelintir masyarakat di kawasan ini yang tidak mempedulikan papan tanda kawasan larangan membuat sampah.

MDHS dalam satu kenyataan berkata, terdapat pihak yang tetap membuat sampah di kawasan itu walaupun papantanda larangan telah dipamerkan oleh MHDS.

“MDHS mengambil serius terhadap sikap orang awam yang membuang sampah secara haram meskipun papantanda larangan telah dipamerkan di lokasi.

“Yang amat dikesali adalah sikap berani dan tidak bertanggungjawab orang awam yang membuang sampah di situ kerana lokasi adalah jalan di kawasan perumahan dan berhampiran pusat perniagaan yang mana orang ramai melalui kawasan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.


Justeru, MDHS menyeru penduduk di Hulu Selangor memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti pembuangan sampah secara haram bagi memastikan aktiviti seperti itu dapat dibanteras.

MDHS dalam pada itu memaklumkan menyita 67 unit komputer daripada dua buah premis pusat siber tidak berlesen mengikut Undang Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MDHS) 2007 sepanjang Ogos lalu. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori