Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wang Hantaran Perlu Ikut...

SUSULAN isu video pergaduhan yang melibatkan keluarga dua belah pihak pengantin perempuan dan...

Piala Malaysia: Suasana Di...

JOHOR BAHRU - Suasana sebelum aksi timbal balik suku akhir kedua Piala Malaysia...

NGO Cabar Penganjur Bersih...

ALOR SETAR - Persatuan Pengukuhan Perpaduan Rakyat Pulau Pinang hari ini mencabar penganjur...

UAE Sahkan Kes Pertama...

DUBAI - Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Komuniti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini...

21 Lagi Ar-Rahnu Yapeim Tahun Ini – Jamil Khir

TUMPAT – Sebanyak 21 lagi cawangan Ar-Rahnu di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan dibuka bagi mencapai sasaran 202 cawangan tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, usaha itu sejajar dengan rancangan mewujudkan cawangan di setiap kawasan Parlimen menjelang 2018.

“Perasmian cawangan di Pengkalan Kubor hari ini, merupakan langkah melengkapkan sasaran tahun 2014,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Hari Bertemu Pelanggan Ar-Rahnu YaPEIM di sini, hari ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Abdul Malek Awang Kechil turut hadir.

Jamil Khir berkata, terdapat 178 cawangan Ar Rahnu di seluruh negara yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu perkembangan ekonomi rakyat.


Menurutnya, pajak gadai Islam itu, bukan hanya sebagai premis gadaian barangan kemas tetapi menjadi mekanisme sumber kewangan secara segera.

“Program mikro kredit yang ditawarkan akan membantu masyarakat terutama di kawasan banyak terlibat dengan aktiviti ekonomi atau syarikat kecil dan sederhana,” katanya.

Katanya, strategi mikro kredit itu sangat berkesan selain patuh Syariah.

Menteri itu berkata, Ar-Rahnu juga akan membuka rangkaian kedai YaPEIM Smart untuk menjual barangan harga patut dengan konsep 1 Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori