Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kecoh Ikan Mentah Di...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dan beberapa agensi lain sedang menyiasat peningkatan...

2 Wanita Dipenjara Sehari,...

KUALA LUMPUR - Dua wanita dipenjara sehari dan didenda RM1,500 setiap seorang oleh...

MIHAS Bukti Komitmen M’sia...

BANGKOK - Ekspo perdagangan halal terbesar dunia, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) merupakan...

SPRM Mohon Kes 4...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 Mac untuk...

23 Rakyat Bangladesh Ditahan Di George Town

GEORGE TOWN – Sebanyak 23 rakyat Bangladesh yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah ditahan dalam Ops Rantau di dua tapak pembinaan di Jalan Larut dan Tanjung Tokong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata lebih 50 pekerja asing yang sedang bekerja di tapak pembinaan itu diperiksa dalam operasi pada 11.45 pagi ini.

“Mereka yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan Imigresen termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan selain dokumen tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua lelaki Bangladesh berusia antara 20-an dan 40-an itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori