Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

PR Ugut Anjur Demonstrasi...

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan...

Aliff Syukri Mohon Maaf...

SEBUT sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pastinya kita semua kenal dengan jutawan...

PTPTN Sampai Sumbangan Tablet...

ARAU : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyumbang sebanyak 50 unit tablet...

Transformasi Wajah Adik-Beradik Kim...

SEBUAH akaun instagram yang dikendalikan oleh seorang lelaki ini telah mendapat perhatian selepas...

28 Okt Sebutan Semula Kes Nizar Didakwa Fitnah Najib

IPOH – Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 28 Okt untuk sebutan semula kes bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua tahun lepas.

Hakim Madihah Harullah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengadakan prarundingan perbicaraan di luar mahkamah.

Pada prosiding sebutan semula kes hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud mencadangkan rundingan itu diadakan bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan untuk mengemukakan sebarang permohonan sekali gus mempercepatkan pendakwaan dijalankan.

“Pihak pendakwaan dan pembelaan telah mengadakan perbincangan untuk mengadakan prarundingan perbicaraan dan dicadangkan agar ia dijalankan dari tarikh hari ini,” katanya.

Katanya hasil prarundingan itu akan diberitahu pada prosiding sebutan semula kes.

Peguam yang mewakili Nizar, Datuk Yusof Mohd Zainal Abidin memberitahu bahawa pihaknya tiada bantahan mengenai perkara itu dan akan mengemukakan sebarang permohonan dalam tempoh tiga minggu.


Ketua Pembangkang Perak dan anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu dilihat hadir bersama isterinya Datin Seri Fatimah Taat serta beberapa pimpinan pembangkang lain.

Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam di sini dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohammad Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Yusof manakala pihak pendakwaan diwakili Masri yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori