UMUM mengetahui, Jepun adalah antara negara Asia yang amat terbuka dalam penerbitan pornografi termasuklah dari segi bahan bacaan, animasi, video serta filem.
Dek kerana itu juga, ‘Kanamara Matsuri’ atau festival zakar telah diadakan pada setiap hari Ahad pertama bulan April di bandar Kawasaki bagi mempromosikan seks secara sihat di kalangan rakyatnya.
Bagaimanapun, dalam keghairahan itu, seorang pelakon lucah, Shimiken telah meluahkan ‘penderitaan’ yang dialami oleh para pelakon lelaki dalam industri filem mereka.
Tulisnya di laman Twitter: “Setakat ini dianggarkan hanya ada 70 aktor lucah di serata Jepun. Bilangan ini amat kecil dibandingkan dengan jumlah harimau belang di seluruh dunia.â€Â
Ia sekaligus menimbulkan persoalan ramai mengenai jumlah sebenar pelakon lucah yang diperlukan bagi menampung industri perfileman itu.
Justeru, Shimiken menjelaskan terdapat 10,000 pelakon wanita dengan 4,000 video lucah setiap bulan, namun pelakon lelaki amatlah kurang.
“Setiap hari saya mesti jumpa muka aktor yang sama dan lihat nama serupa dalam skrip. Kami amat kurang bintang lelaki, paling sikit daripada harimau Bengal sendiri,†katanya.
Menerusi kajian penulis kolum The Japan Times, Brian Ashcraft, kira-kira 6,000 remaja perempuan lepasan sekolah menjadi pelakon lucah kerana tawaran yang cukup lumayan.
Setakat ini, belum dapat dipastikan apakah punca kekurangan pelakon lucah lelaki berbanding wanita.
Kalau begitulah besarnya perbezaan jumlah pelakon, tak tahulah bagaimana kudrat para lelaki dikerah bagi ‘melayan’ pelakon wanitanya. Macam-macam…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC
(Sumber: http://amreeahamad.com)