Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Awasi Agenda Malaysia Tanpa...

JANGANLAH cuba mengaitkan atau memalitkan institusi diraja dalam kancah politik haru biru.Apatah memperlekehkan...

Tak Menang Tangan Terima...

SUDAH menjadi kelaziman apabila tiba bulan Ogos, rakyat Malaysia disaran mengibarkan Jalur Gemilang...

Nur Aisyah: Sampel Cebisan...

ALOR SETAR - Cebisan anggota Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang dipercayai dibunuh...

DUN Sabah Lulus Bajet...

KOTA KINABALU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang...

30 Dipercayai Mati Gunung Berapi Jepun Meletus

LEBIH 30 orang ditemui tidak sedarkan diri dan dipercayai mati berhampiran kawasan puncak Gunung Ontake  yang meletus semalam.

Menurut seorang pegawai polis Jepun hari ini berkata, mangsa dikatakan tidak lagi bernafas dan degupan jantung mereka berhenti.

Bagaimanapun pengesahan kematian tidak boleh dibuat selagi polis tidak menjalankan bedah siasat.

Pegawai polis wilayah Nagano berkata, maklumat terperinci berkaitan lokasi penemuan mayat dan identiti mereka masih belum diperoleh.

Gunung Ontake di tengah Jepun meletus sebelum tengah hari semalam dan memuntahkan kepulan gas dan abu yang tinggi ke udara menyebabkan kawasan di sekitarnya diliputi abu tebal.

JSDF soldiers and firefighters carry an injured person near a crater of Mt. Ontake, which straddles Nagano and Gifu prefecture

Gunung yang terletak kira-kira 200 kilometer di barat Tokyo, adalah lokasi popular untuk melihat pemandangan musim luruh. Sekurang-kurangnya 250 orang terperangkap di cerun gunung, namun kebanyakan mereka berjaya turun ke kaki gunung lewat malam tadi.


Seorang pegawai berhampiran bandar Kiso, Keita Ushimaru berkata, pegawai pengurusan krisis wilayah Nagano sudah memaklumkan bahawa empat orang yang berjaya dibawa turun mengalami kegagalan fungsi jantung dan paru-paru dan terdapat beberapa mangsa lain turut mengalami masalah yang sama.

JAPAN-VOLCANO

Sementara itu, anggota penyelamat juga berusaha untuk membawa turun mangsa yang terperangkap di puncak gunung semalaman.

Helikopter tentera berjaya membawa turun tujuh mangsa di lereng gunung awal pagi ini, manakala anggota penyelamat yang berjalan kaki juga membantu mangsa untuk turun. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori