Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Liga Super: Selangor Menang...

KUALA LUMPUR: Hatrik dalam tempoh sembilan minit Mohd Afiq Azmi di Stadium Shah...

Demi Cinta, Lelaki Sanggup...

TULSA - Demi cinta yang mendalam, seorang pemuda sanggup mencuri lori Pepsi semata-mata...

Kaedah Terbaik Bangunkan Kampung...

KUALA LUMPUR - Sejak Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan tawaran baharu...

Sekolah Agama Petang Perlis...

KANGAR - Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) akan mula dilaksanakan tahun hadapan bagi...

4 Lagi Mangsa MH17 Rakyat Malaysia Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR – Empat lagi jenazah mangsa nahas Malaysia Airlines (MAS) MH17 dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia selepas proses pengecaman dibuat di Amsterdam, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata dua daripadanya telah mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang manakala dua lagi masih dalam proses pengurusan.

“Dua (jenazah) yang mendapat kelulusan dibawa pulang itu ialah dua anak kepada Tambi Jiee,” katanya, merujuk kepada Muhammad Afzal Tambi, 17, dan Marsha Azmeena Tambi, 15.

Dua lagi jenazah dikenal pasti sebagai anak kapal MH17 Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, dan penumpang, Liew Yau Chee, 38, kata Liow yang juga Presiden MCA pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Selangor di Wisma MCA di sini hari ini.

“Sama ada dua atau keempat-empat jenazah dijangka dibawa pulang dalam masa terdekat,” kata menteri itu.

Jenazah Tambi Jiee dan Benjamin Lee Jian Han dibawa pulang ke Malaysia pada 9 Sept lepas. Setakat 9 Sept lepas, jenazah 35 mangsa nahas MH17 termasuk dua warga Belanda telah dibawa balik ke Malaysia dari Amsterdam.

Empat puluh tiga daripada 298 penumpang dan anak kapal dalam pesawat yang ditembak jatuh di timur Ukraine itu merupakan warga Malaysia.


Liow berkata pasukan keselamatan Malaysia sedang berusaha berunding dengan pihak berkuasa Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia untuk memasuki lokasi nahas untuk meneruskan proses pencarian mayat dan bukti.

Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas apabila ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, pesawat itu juga membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Ditanya mengenai proses mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, Liow berkata 58 objek keras dikesan di selatan Lautan Hindi dan usaha akan dibuat untuk mengenal pasti sama ada objek-objek berkenaan mempunyai kaitan dengan MH370.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL hilang daripada radar ketika terbang merentasi Laut China Selatan, pada 8 Mac lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori