Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bapa Potong Hidung, Telinga...

Islamabad - Seorang bapa memotong hidung dan kedua-dua telinga seorang lelaki yang didakwa...

SPRM Perangi Rasuah Sebagaimana...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus melipatgandakan usaha memerangi...

Tawaran Maju Ambil Alih...

PULAU PINANG - Tawaran Maju Holdings Sdn. Bhd. (Maju Holdings) untuk mengambil alih...

Ahli Akademik Diugut, Di...

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mengecam Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang...

44 Jam Beratur Untuk iPhone 6 Demi Selamatkan Perkahwinan

Demi menyelamatkan perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menunggu di kedai Apple selama 44 jam untuk membeli telefon iPhone 6 dalam usaha menambat semula hati isterinya.

Memetik laporan dailymail.co.uk, Darius Wlodarski mula beratur di Cabot Circus, Bristol di barat daya England, Rabu lalu, dua hari sebelum telefon bimbit terbaru itu mula dijual.

Wlodarski, 41, kelahiran Poland yang berpisah dengan isterinya, Joanna bulan lalu mengaku masalah rumah tangganya berpunca daripadanya.

“Selepas 20 tahun berkahwin, dia meninggalkan saya bulan lalu kerana saya bukan suami dan bapa yang baik.

“Saya banyak melakukan kesilapan. Saya mahu meminta maaf kepada isteri dan anak saya,” katanya. Menurut Wlodarski, selepas membeli iPhone pertama untuk isterinya beberapa tahun lalu, dia berharap model terbaru itu akan menggembirakannya, sekali gus isterinya bersedia untuk memaafkannya.


Wlodarski yang dilahirkan di Poland tetapi kini menetap di Swindon, Wiltshire, memutuskan untuk mengalah dan memujuk isterinya. Dia menghabiskan £ 800 pada iPhone baru walaupun tidak bekerja.

Beliau bertekad menunaikan janjinya kepada isterinya sebelum berkahwin untuk berkorban apa saja. Dia menggunakan kad kredit untuk membayar telefon pintar itu. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori