Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tahap Kesedaran Nelayan Guna...

SITIAWAN - Tahap kesedaran nelayan untuk menggunakan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI)...

Rohingya: Ayuh Menderma Kempen...

300 ribu umat Islam Rohingya kini bertebaran menjadi pelarian dalam krisis kemanusiaan terburuk...

Video: Guru Wanita Berentap...

SEORANG guru wanita di Johor berjaya mempertahankan dirinya dalam kejadian samun awal pagi...

Israel Akui Gerun Dengan...

ISRAEL terbukti takut dengan Hamas apabila menterinya sendiri mengakui meneruskan serangan terhadap Gaza...

53,400 Syarikat Daftar GST Sehingga Semalam

KUCHING – Sebanyak 53,400 syarikat telah mendaftar untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga semalam, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.

Melihat kepada perkembangan positif itu, beliau berkata pihaknya akan menggiatkan lagi penganjuran seminar dan forum untuk menarik dan meningkatkan jumlah pendaftaran menjelang 31 Disember ini.

“Dalam tempoh dua hari lepas, secara purata 2,000 syarikat mendaftar setiap hari, lebih tinggi berbanding minggu lepas apabila hanya 1,000 hingga 1,500 pendaftaran diterima setiap hari.

“Ini petanda positif dan prestasi baik dalam usaha kita menggalakkan lebih banyak syarikat mendaftar,” katanya selepas menghadiri Seminar GST: Membawa PKS Ke Arah Era GST, di sini.


Ia adalah anjuran bersama Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia Sarawak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), hari ini. Turut hadir Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.

Chua berkata, di Sarawak, jumlah pendaftaran turut menunjukkan angka positif dengan 2,325 syarikat telah mendaftar.

Seramai 1,200 orang menghadiri seminar itu yang antaranya bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta industri kecil dan sederhana sebelum GST dilaksanakan mulai April 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori