Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

KWSP Dalam Proses Mansuh...

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan...

Nenek Perasan Cantik Sertai...

UMURNYA sudah 87 tahun namun nenek ini masih menyimpan hasrat untuk memasuki pertandingan `Granny...

19 Penumpang Nyaris Maut...

KUANTAN - Seramai 19 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas yang...

Keputusan Malaysia Guna Vaksin...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan vaksin denggi pertama di...

6,000kg Daun Ketum Gagal Diseludup

Simpang Ampat – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar lebih 6,000 kilogram (kg) daun ketum ke Thailand bernilai lebih RM500,000, tahun ini.

Panglima Briged Ke-6 Brigedier Jeneral Mohd Zakaria Yadi berkata, ATM turut menahan 15 rakyat tempatan dan Thailand yang cuba menyeludup keluar daun ketum berkenaan.

Beliau berkata, mereka ditahan ketika cuba membawa keluar daun ketum melalui Durian Burung dan Bukit Kayu Hitam serta beberapa kawasan lain.

“Rampasan dan tangkapan ini adalah untuk lapan bulan pertama pada tahun ini,” katanya.

Menurutnya, ATM akan memperketatkan lagi kawalan di sempadan selain beroperasi 24 jam sehari. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori