SANTIAGO – Sebutir bom meletup di kawasan gerai makanan dalam stesen kereta api metro Santiago menyebabkan tujuh orang cedera, hari ini.
Kerajaan negara itu menyifatkan perbuatan itu sebagai “tindakan pengganas”.
Pegawai berkata, bom berkenaan meletup ketika waktu makan tengah hari di stesen Escuela Militar (sekolah tentera).
Katanya, bom terbabit diperbuat menggunakan alat pemadam api dan sebuah jam yang diletakkan di dalam tong sampah.
“Kejadian ini memang dahsyat. Seorang wanita tertiarap di atas lantai manakala pelanggan melarikan diri tanpa membuat bayaran dan meninggalkan makanan yang dihidangkan,” kata
seorang pekerja restoran, Rosa Valdes. – AFP