SEPANG – Hujan tidak menghalang berlangsungnya istiadat penghormatan bagi sembilan jenazah mangsa tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.
Cuaca mendung mengiringi pergerakan pesawat MH19 yang menerbangkan sembilan jenazah dari Amsterdam termasuk jenazah dua juruterbang pesawat malang MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai, selain jenazah dua warga Belanda, ketika ia menuju ke kompleks Bunga Raya, KLIA.
Hujan mula turun sejurus pesawat itu berhenti sepenuhnya di landasan terbang pada 8.35 pagi, untuk istiadat dimulakan. – BERNAMA