Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mesir Dedah Penemuan Terbesar...

LUXOR - Mesir mendedahkan 30 buah keranda kuno yang berisi mumia, merupakan pertemuan...

Daesh Syria ‘Bengang’ Dengan...

MELAKA - Muhammad Wanndy Mohamed Jedi begitu terdesak untuk kekal dianggap sebagai pemimpin...

Wanita Kritikal Selepas Toreh...

SEORANG wanita berada dalam keadaan kritikal dengan 40 peratus badannya melecur setelah membakar...

Mana-Mana Ahli Politik Bebas...

KOTA TINGGI - Mana-mana ahli politik daripada pembangkang mahupun kerajaan, bebas menerima sumbangan...

7 Kawasan Masih Alami Gangguan Air

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh kawasan sekitar Gombak dan Kuala Lumpur masih mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan rendah akibat daripada pengurangan pengeluaran air terawat dari Logi Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSF3).

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam kenyataan berkata pihaknya dimaklumkan oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) bahawa pengurangan pengepaman air mentah ini ekoran berlakunya penurunan paras aliran air Sungai Selangor pada 6 Sept lepas.

Antara kawasan yang terjejas di Wilayah Gombak ialah Kampung Lembah Jaya, Lembah Jaya Selatan, Kampung Ampang Indah, Taman Mulia Jaya, Kampung Tasik Permai dan Taman Pinggiran Ukay manakala Taman Shamelin Perkasa di Kuala Lumpur.

SYABAS menyatakan pihaknya, Kerajaan Selangor dan semua operator yang terlibat sedang berusaha memastikan gangguan itu dapat diatasi dalam waktu terdekat.


“Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang masih terjejas, SYABAS akan menghantar lori-lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan,” kata SYABAS.

Pengguna yang memerlukan maklumat tambahan boleh melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my, laman Facebook atau Twitter dengan menaip puspel atau puspel syabas .
Para pengguna juga boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPELaduan/pertanyaan dan hantar kepada 39222. – mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori