Tidak perlu bawa banyak barang, paling penting ketika melancong adalah kualiti masa yang anda luangkan semasa di destinasi idaman. Barang yang banyak tidak menjamin percutian yang menyeronokkan.
Bawa yang penting sahaja dan yang memudah untuk perjalanan anda, lagipun sewaktu hendak pulang nanti kan banyak cenderahati yang mahu anda beli untuk semua orang. Entri kali ini adalah ‘checklist’ barang wajib ada ketika melancong.
1. Powerbank
Sangat penting terutamanya untuk anda mengecas bateri telefon bimbit anda. Lebih besar kapasiti powerbank anda, ia lebih bagus. Anda tidak perlu risau bateri habis dan terlepas peluang untuk bergambar di tempat-tempat menarik ketika melancong. Bagusnya powerbank ini adalah kerana saiznya yang kecil dan tidak berat.
2. Kamera digital
Elok bawa kamera jika mahukan gambar yang lebih berkualiti. Ia adalah satu pilihan, jika telefon bimbit anda mempunyai perisian foto yang sudah cukup baik, maka kamera digital tidak diperlukan lagi. Tetapi mana lah tahu, jika telefon bimbit anda tiba-tiba kehabisan bateri kan?
3. Long John atau baju sejuk berlapis
Kalau anda mahu melancong pada musim sejuk atau di tempat yang mempunyai suhu dingin, maka Long John adalah satu kemestian. Ia dipakai dalam bahagian baju untuk memerangkap haba. Ia lebih mudah daripada anda membawa baju sejuk atau kot tebal (kecuali jika tempat yang anda pergi betul-betul sejuk). Materialnya adalah cotton dan acrylic.
4. Travel cooker
Sangat penting jika anda seorang yang suka makan dan memudahkan jika anda melancong di negara yang sukar mendapatkan makanan halal. Dengan adanya alat ini, anda boleh memasak nasi atau mi segera, merebus, buat sup serta memasak lauk-lauk ringkas. Paling penting, dapatlah jimatkan wang belanja untuk makan.
5. First aid kit atau peti bantuan kecemasan
Tak perlulah bawa sekotak besar, bawa yang asas sahaja. Pastikan terdapat plaster, minyak angin, dan ubat-ubatan asas seperti untuk demam, ubat luka, cirit birit dan sebagainya. Ubat cirit-birit ini agak penting, manalah tahu perut anda tidak dapat menerima makanan tempatan negara yang anda lawati. Bawa juga pemyembur untuk mengatasi masalah kaki terseliuh.
6. Tisu basah
Walaupun nampak leceh tetapi sebenarnya ia penting juga kerana tisu basah memudahkan urusan anda ke tandas atau untuk membersihkan muka. Bahkan untuk mengelap permukaan-permukaan kotor.
7. Travel adapter
Bukan semua plug sama seperti di Malaysia. Jadi, jika melancong ke luar negara adapter sangat diperlukan untuk memudahkan anda menggunakan plug.
8. Toiletries
Bawa yang mana perlu sahaja seperti berus gigi dan ubat gigi serta pembersih muka. Sabun mandi dan syampu biasanya sudah disediakan pihak hotel. Jadi, buat apa nak bawa macam-macam?
Oleh: hzqahmd