Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Pekarangan Kaabah Ditutup...

MAKKAH - Arab Saudi mengosongkan pekarangan Kaabah di Masjidil Haram, semalam bagi tujuan...

Kaji SOP Benarkan Pelajar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih mengkaji prosedur operasi standard (SOP) sesuai untuk membawa...

Gambar Kegembiraan Anak Pelarian...

SEKEPING gambar yang memaparkan kegembiraan salah seorang anak pelarian Syria bersama seorang pihak berkuasa...

Penutupan Tourism: Pelancongan Melaka...

SEPANG - Penutupan pejabat Tourism Malaysia di Melaka tidak akan memberi kesan besar...

96.3 Peratus Keluar Mengundi Awal Di DUN Pengkalan Kubor – SPR

TUMPAT (Kelantan) – Selepas pusat mengundi untuk pengundian awal ditutup pukul 3 petang tadi, sebanyak 96.3 peratus atau 105 daripada keseluruhan 109 pengundi berdaftar telah mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Kesemua pengundi awal itu merupakan anggota polis yang bertugas dalam kawasan DUN Berkenaan.

Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, baki empat lagi pengundi tidak hadir kerana seorang sakit, seorang digantung tugas, seorang bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi bertugas di Lahad Datu.

Secara keseluruhan, beliau berkata SPR berpuas hari kerana proses mengundi awal hari ini berlangsung dengan aman.

PRK Pengkalan Kubor menyaksikan perebutan tiga penjuru yang melibatkan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, calon BN, Mat Razi Mat Ail dan Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada Pas.


Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar meninggal Dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi dari BN menang dengan majoriti 1,736 undi menewaskan Saharun Ibrahim dari PKR dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) yang hanya meraih 65 undi.

DUN Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi berdaftar di mana 51.84 peratus atau 12,462 orang daripadanya adalah lelaki. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori