KADANG-KADANG kami tak faham dengan sikap sesetengah artis yang mudah melenting apabila kisah peribadi mereka disiarkan di media.
Lebih lucu lagi, kisah sebegini sebenarnya dicanang oleh mereka sendiri di akaun sosial.
Sebagai contoh, pelakon Abby Abadi yang beria-ia bercerita mengenai Ustaz yang digosipkan dengannya sebelum ini.
(BACA: Abby Abadi Sudah Temui Teman Pengganti Farhan?)
Menerusi akaun Instagramnya semalam, dia memberitahu bahawa Ustaz tersebut sudah dikenalinya selama empat tahun dan hubungan mereka sangat baik.
Bagaimanapun, dia bukanlah ‘teman istimewa’ seperti yang digembar-gemburkan oleh media sebelum ini.
Katanya menerusi beberapa ‘caption’:
“CommercialBreak Ps: Ustaz kami…. 4tahun dah kami kenal yer… Bukan BF baru Mama ye.. Kami baik… baik sangat2! Kategori apa, samar2. Jangan bersangka2… berdosa. Doakan yg baik2 sahaja ye….. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang ALQURAN, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malamâ€Â. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)”
“Bukan Anak3 jer.. tp Mama pun dr awal dulu…. dari zaman lagha, dah mula mengaji dgn Ustaz ni. Nak mula balik dgn org lain maluuu sbb banyak sangat kelemahan, Ustaz ni cukup sabar….. layannn baik je kerenah kami… jadi kami teruskan mcm biasa… yg pasti kami bersama terus mencari… mencari….. & terus mencari ilmu agama DIA… Buleh tak berhenti menjadi juri awam? Sejujurnya Sy manusia biasa.. tak mampu nk puaskan hati semua org ye.. Suka.. tengok, tak suka abaikan saja. Mengata.. mencaci maki… sy buat magic k.. hehe….”
Sebagai seorang artis, gosip dan andaian sememangnya lumrah dalam kehidupan mereka.
Mungkin Abby lupa gambar dan ‘caption’ di Instagramnya sebelum inilah yang mencetuskan cerita panas ini, siap dengan ‘Aaauummm’ gitu!
Belum lagi dengan video malu-malu kucingnya apabila diusik dengan Ustaz tersebut.
Jadi selepas ini, sebelum hendak melenting, fikir dulu siapa yang sebenarnya menyebabkan gosip-gosip seperti ini timbul kalau bukan diri sendiri…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC